Adakah saya layak di bawah Langkah-Langkah Interim BNM ini?
Langkah-langkah ini terpakai kepada pemegang sijil yang terjejas oleh semakan perubatan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2024. Pek pemberitahuan yang dikemas kini yang memperincikan caj sumbangan baru akan dikeluarkan. Ketahui lebih lanjut.

Pilih bahasa anda
close

Tata Kelola Diri Yang Baik Dan Tatacara Terbaik

Mengawasi kesan manusia akibat perubahan iklim

Mempromosikan pemeliharaan Nyawa, Keturunan, Kekayaan dan Akal melalui menyokong peralihan yang adil melalui pematuhan Syariah, pelaburan bersih dan pendigitalan untuk ekonomi bulat dan pemeliharaan sumber asli.

• Pelaburan yang Bertanggungjawab
• Menyokong Peralihan
• "Sourcing" yang Bertanggungjawab
• Pengurusan Bangunan Pintar

SDG PBB: SDG 3, SDG 8, SDG  11
VBIT: Tata Kelola Diri Yang Baik, Tatacara Terbaik

Menyokong Peralihan Kelestarian
Perjalanan kelestarian kami menyokong ekonomi hijau dengan cara yang adil dan inklusif. Kami berhasrat untuk membantu orang ramai memanfaatkan kehidupan dan tidak mengecualikan sesiapa pun. Dana ESG sulung PruBSN menyediakan pilihan pelaburan yang menarik untuk pelabur yang bertanggungjawab yang ingin menzahirkan kebimbangan perubahan iklim mereka kepada pelaburan yang membawa impak sosial dan alam sekitar yang positif.
"Sourcing" Bertanggungjawab
Warga kerja kami sedang beralih ke arah perolehan yang aktif dan sedar terhadap penggunaan produk dan perkhidmatan yang mempunyai komitmen terhadap ekonomi mapan. Ini adalah sumbangan kami ke arah memelihara kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar.